PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 
- 1.1 Peraturan Am
 - 1.2 Peraturan Khusus
 - 1.3 Peraturan penggunaan alat / ruang
 - 1.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan bahan / alat
 
 PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN 
Disiplin
- Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
 - Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
 - Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
 - Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
 - Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
 - Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
 - Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
 - Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
 - Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
 
Bahan-bahan Perpustakaan
Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar 
 peraturan Perpustakaan.
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
- Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.
 - Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
 - Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
 - Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
 - Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
 
 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD
Disiplin
- Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik APD.
 - Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik APD.
 - Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
 - Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
 - Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
 - Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik APD di tempat yang disediakan.
 
Bahan-bahan bilik APD
Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
Segala perisian di dalam bilik  APD tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
Pakaian
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik APD
 - Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik APD
 
PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT
Pinjaman Buku Rak Terbuka
- Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
 - Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan
 - Contoh :-
 - Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.
 - Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad matrik ( barkod ) menggunakan system pustakawan berkomputer .
 
- Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku).
 - Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman
 - Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan system pustakawan berkomputer .
 
PERINGATAN.
- Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 5 hari buku rujukan dan 5 hari BF
 - Seorang pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali PPSS)
 - Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Kerani Perpustakaan)
 - Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 30 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
 - Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
 - Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan
 
Pemulangan Buku Rak Terbuka
- Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya
 - Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar pada lain hari
 - Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
 - Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan
 - Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen .
 - Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .
 - Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian sendiri
 - Maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda dilangsaikan .
 
KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN
SYARAT UMUM
- Staff
 - Guru dan Pekerja
 - Mempunyai kad pinjaman buku kad matrik berkod bar
 - Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain.
 
TEMPOH PINJAMAN
Contoh
Buku rak tertutup - sehari
Buku rak terbuka - 1 minggu
Majalah - selepas berusia sebulan
Bank Soalan - 2 jam (rujukan dalam perpustakaan sahaja).
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.
PERATURAN PINJAMAN
- Kad tidak boleh dipindah hak milik
 - Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
 - Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
 - Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari 'tarikh pulang'. Jila lewat, tindakan akan diambil.
 - Kertas soalan Tahun Lepas/Bank Soalan - Jika didapati pelajar mencoteng atau menghilangkannya, pelajar wajib membayar harga fotostat untuk setiap muka surat.
 - Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
 
No comments:
Post a Comment