SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SK BUKIT KUANG

INFO PSS

VISI

“PSS PENJANA SUMBER MAKLUMAT DAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH”


MISI

Menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai pusat sumber bermaklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara.


PIAGAM PSS

Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :


1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi

2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik  
    dengan  segera

3.  Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau  
     kegunaan  pengguna

4.  Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah

5 . Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna    
     dari  semasa ke semasa

6.  Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna

7 .Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada   
    pengguna

8 .Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan   
   melalui   pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik


MATLAMAT PSS

1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk   

    membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan  
    dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah 

    pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.


OBJEKTIF PSS

  •  Menguruskan maklumat 
           PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.   
           Maklumat- maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains,   
           teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para 
           pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran 
           mereka.

  •  Kecemerlangan pendidikan 
           Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran    
           serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.


  •  Penggunaan kemudahan 
           Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai    
           kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya   
           dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.


  •  Memupuk Tabiat Belajar 
           Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk    
           tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan   
           penggunaan maklumat secara sistematik.

  •  Penghasilan Bahan 
           Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan  
           pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Perkhidmatan Pembelajaran 
         Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk  
         melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya 
         bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi 
         juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya 
         berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang 
         diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, 
         temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan 
         media dengan guru-guru dan para pelajar.


  • Kemahiran Maklumat 
          Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat   
          menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.



FUNGSI DAN PERANAN PSS 

  •  Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum 
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Merupakan tempat penyimpanan bahan P & P untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. 
  • Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum. 
  •  Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan. 
  •  Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat. 
  •  Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri. 
  •  Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran. 
  •  Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidkan dan teknologi. 
  •  Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.



No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012