SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SK BUKIT KUANG

Tuesday 18 September 2012

SELAMAT DATANG...KENALI PSS ANDA....



Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.
Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar SK Bukit Kuang masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

Sunday 16 September 2012

Wednesday 12 September 2012

30 TAHUN DALAM POLITIK OLEH Chamil Wariya.


Najib Razak : 30 tahun dalam politik/ Chamil Wariya.

ditulis oleh Chamil Wariya, Dato'


Buku ini adalah rakaman detik-detik penting yang telah dilalui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak sepanjang tiga puluh tahun beliau berkecimpung dalam politik. Perjalanan ini bermula pada awal 1976 secara tidak dirancang berikutan kematian ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika itu Perdana Menteri Malaysia pada 14 Januari 1976. Najib, yang baru berusia 23 tahun waktu itu dianggap terlalu mentah untuk dunia politik. Beliau mengambilalih kedudukan Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan. Ada yang meramalkan oleh kerana beliau masuk politik menggunakan nama Razak, Najib mungkin tidak dapat bertahan lama. Ramalan itu terbukti salah. Sebaliknya Najib melangkah naik dalam dunia politik setapak demi setapak, bermula dengan pelantikannya sebagai Pengerusi Majuternak, kemudian Timbalan Menteri, Menteri Besar Pahang, Menteri dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.

Monday 10 September 2012

Pautan Pendidikan

Wikipedia Laman Pendidikan di Malaysia

Universiti Awam
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu (dulu UDM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur


Universiti swasta
Universiti AIMST (AIMST), Kedah
Universiti Perdana (Perdana University), Selangor
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
Universiti Multimedia (MMU), Selangor
Universiti Taylor's, Selangor
Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
Universiti Sunway, Selangor
Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah
Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan

Universiti luar negara kampus Malaysia
Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
Universiti Monash Malaysia, Selangor
Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Iskandar Malaysia, Johor

Kolej universiti
Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur
Kolej Universiti Teknologi & Inovasi Asia Tenggara (UCTI), Kuala Lumpur
Kolej Universiti Binary, Selangor
Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)(dulu Kolej Teknologi Cosmopoint)
Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Kuala Lumpur
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan
Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu (dulu TATI)
Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka
Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Terengganu
Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Kuala Lumpur
Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA), Pahang
Kolej Universiti KDU, Selangor
Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya, Kuala Lumpur
Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS), Pulau Pinang
Kolej Universiti Sains dan Teknologi City (CUCST), Selangor
Kolej Universiti Mahsa (MAHSA), Kuala Lumpur
Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Selangor
Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan, Selangor
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (dulu KISDAR), Kuala Kangsar, Perak.

Tuesday 28 August 2012


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012