SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SK BUKIT KUANG

JAWATANKUASA PSS

AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 

        Penasihat : En. Haslah Bin Salleh

        Pengerusi : En. Roslan Bin Ismail

        N. Pengerusi 1 : Pn. Nor Aizam Binti Latif

        N. Pengerusi 2 : En. Kheirudin Bin Abdullah

        Setiausaha        : Cik Yuhaniza Binti Yusof

        AJK                   : Pn. Hafsah Abd Ghani

                                     Pn. Rosniza Abd. Majid

                                     En. Megat Iskandar Shah

                                     En. Redzuan Mohamad

                                     Pn. Rosnina Mastura

                                     En. Rozali Salleh

                                     Setiausaha Panitia Matapelajaran

                                     En. Faldli Ibrahim

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


  • Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya
  • Menentukan sumber kewangan PSS
  • . Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajaR
  •  Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
  •  Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
  •  Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
  •  Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.


SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

  •  Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
  •  Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
  • Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
  • Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif , seimbang dan kems kin
  • Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 
  • Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu 
  • Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
  •  Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah 
  • Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
  • Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah 
  •  Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
  • menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja pusat sumber sekolahMemantau dan mengawal selian pelaksanaan program pusat sumber sekolah
  • Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
  • Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
  • Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
  •  Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
  • Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN 
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. 

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
  1. Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
  2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan 
  3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
  4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
  5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
  6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
  7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
  8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
  9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
  10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
  11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
  14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
  15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA 

  1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
  2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
  3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
  4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
  5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru


AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH 


Penasihat        : En. Haslah Salleh

Pengerusi       : En. Roslan Ismail

N. Pengerusi 1 : Pn. Nor Aizam Binti Latif

N. Pengerusi 2 : En. Kheirudin Bin Abdullah

Setiausaha       : Cik Yuhaniza Binti Yusof

AJK                 : Pn. Hafsah Abd Ghani

                           Pn. Rosniza Abd. Majid

                           En. Megat Iskandar Shah

                           En. Redzuan Mohamad

                           Pn. Rosnina Mastura


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


  •  Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
  • Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
  • Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
  •  Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
  •  Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  • Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.


SENARAI TUGAS GURU MEDIA 

  1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
  3. Menyedia dan menyesuaikan  Jadual Waktu TVP dan lain-lain media Teknologi
  4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
  5. Membuat  penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
  6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
  7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
  8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
  9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
  10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
  11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
  12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
  13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua




No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012